Mengenai Kami
Penglibatan dalam Komuniti Radio: Komuniti V50 Samarahan (KV50S)
Komuniti V50 Samarahan (KV50S) adalah sebuah kumpulan yang berpusat di Kota Samarahan, terdiri daripada ahli-ahli berpengalaman dalam dunia radio amatur iaitu 9M8ZAL, 9M8DOM, 9W8AKN, 9W8EDY, dan 9W3ISA. Kami bergabung sebagai satu pasukan untuk menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan teknologi radio di kawasan ini serta memperkaya komuniti dengan pengetahuan dan inovasi yang berterusan.
Sebagai komuniti, KV50S aktif dalam berbagai-bagai aktiviti dan projek teknikal. Kami terlibat dalam penggunaan teknologi komunikasi radio seperti HF, VHF, dan UHF, serta pelbagai platform termasuk MMDVM, Allstarlink, DMR, C4FM, Meshtastic, APRS, dan LoRA. Keberkesanan projek LoRA APRS yang kami bangunkan di Kuching dan Kota Samarahan adalah antara pencapaian terbesar kami, di mana ia memperluaskan capaian rangkaian komunikasi radio dan menyediakan infrastruktur yang kukuh untuk komuniti tempatan.