Cadangan akan ditunjukkan selepas menaip dalam input carian. Gunakan anak panah atas dan bawah untuk menyemak. Gunakan enter untuk memilih. Jika pemilihan adalah frasa, frasa itu akan dimasukkan ke carian. Jika cadangan adalah pautan, penyemak imbas akan menavigasi ke halaman tersebut.
Cara

Penarafan untuk penginapan

Selain ulasan bertulis, penarafan bintang adalah cara untuk tetamu berkongsi maklum balas mengenai penginapan.

Kategori penarafan bintang

Tetamu akan menilai penginapan dalam kategori berikut—jadi pertimbangkan perkara ini semasa membuat persediaan untuk tetamu seterusnya:

  • Penarafan keseluruhan:Bagaimana keadaannya?
  • Kebersihan: Adakah penginapan ini memenuhi standard kami? (Ia sepatutnya bebas daripada bahaya kesihatan seperti kulat dan haiwan perosak. Ia juga perlu bebas daripada habuk yang banyak, bulu haiwan peliharaan, pinggan mangkuk kotor, dll.).
  • Ketepatan: Adakah penginapan digambarkan dengan tepat menggunakan gambar dan maklumat terkini? Adakah semuanya dalam keadaan baik dan berfungsi?
  • Daftar masuk: Adakah ia mudah?
  • Komunikasi: Adakah hos menjawab mesej dengan segera?
  • Lokasi: Adakah tetamu dimaklumkan tentang keselamatan, pengangkutan, tempat menarik dan pertimbangan khas seperti bunyi bising atau situasi lain yang mungkin menjejaskan penginapan mereka?
  • Nilai: Adakah ia berbaloi dengan harganya?

Harap maklum bahawa Penarafan keseluruhan adalah kategori tersendiri (bukan purata bagi kategori lain).

Maklum balas positif atau negatif

Apabila tetamu memilih penarafan positif (4 atau 5) untuk kategori tertentu, mereka akan dapat memilih perkara yang menonjol bagi mereka. Contohnya, untuk Daftar masuk 5 bintang, tetamu mempunyai pilihan untuk memilih perkara yang mereka suka—seperti "Mudah dicari" atau "Sambutan peribadi."

Begitu juga dengan penarafan negatif untuk kategori tertentu. Menggunakan Daftar masuk sebagai contoh, tetamu akan mempunyai pilihan seperti, "Sukar dicari" atau "Arahan tidak jelas."

Ingin menambah baik penarafan anda? Ketahui cara untuk mendapatkan lebih banyak ulasan 5 bintang.

Di mana tetamu boleh mencari penarafan penginapan anda

Setelah sekurang-kurangnya 3 tetamu menilai penginapan anda, purata skor penarafan keseluruhan mereka ditunjukkan berhampiran tajuk penginapan dalam hasil carian dan pada penyenaraian. Purata penarafan untuk setiap kategori boleh didapati bersama ulasan. Pratonton penyenaraian anda untuk menyemaknya.

Semak penarafan bintang anda

Semak penarafan bintang pada desktop

  1. Klik Hari Ini dan kemudian klik Menu
  2. Klik Wawasan
  3. Sama ada klik Ulasan, atau jika anda ada alat hos profesional, pergi ke Prestasi dan klik Kualiti

Cara ulasan disusun

Secara lalai, ulasandisusun mengikut perkaitan, yang mengambil kira faktor-faktor di antaranya seperti bahasa dan negara kediaman pembaca. Ketahui lebih lanjut tentang cara ulasan disusun atau diisih dan cara kami berusaha untuk menjadikan ulasan dan penarafan lebih adil dan tepat.

Adakah artikel ini membantu?

Artikel berkaitan

Dapatkan bantuan dengan tempahan anda, akaun dan banyak lagi.
Log masuk atau daftar