Bersedia adalah kuncinya. Kami ingin memastikan anda ada semua yang diperlukan untuk memulakan perjalanan anda sebagai hos dengan baik, dan ini termasuk menyemak undang-undang dan peraturan tempatan apabila anda menyenaraikan penginapan anda.
Banyak bandar mempunyai peraturan yang meliputi perkongsian penginapan, dan kod serta ordinan khusus tersebut mungkin dikuatkuasakan di banyak tempat (seperti kod pengezonan, bangunan, pelesenan, atau cukai).
Di beberapa kawasan, anda mungkin perlu mendaftar, mendapatkan permit, atau memperoleh lesen sebelum menyenaraikan penginapan anda atau menerima tetamu. Anda juga mungkin bertanggungjawab untuk mengutip dan menyerahkan cukai tertentu.
Anda bertanggungjawab untuk menentukan di mana, bila, dan bagaimana anda menjadi hos, jadi kami mahu anda rasa selesa dengan undang-undang dan cukai tempatan. Anda boleh menghubungi kerajaan tempatan anda untuk sebarang soalan.
Untuk membantu anda bermula, kami menawarkan beberapa sumber maklumat yang membantu tentang menjadi hos yang bertanggungjawab.
Kami meminta anda mengambil tahu tentang undang-undang dan peraturan di kawasan anda dan menyemak Polisi Tanpa Diskriminasi kami sebelum menyenaraikan penginapan anda. Apabila anda menerima Terma Perkhidmatan kami dan menyenaraikan penginapan anda, anda mengesahkan bahawa anda akan mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkenaan.
Sekiranya anda hos di Perancis, anda mengesahkan bahawa anda akan mematuhi undang-undang yang berkenaan dan sebarang perjanjian yang dibuat dengan pihak ketiga (cth: kontrak pajakan).